Wednesday, April 15, 2009

Malaysia









Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara.Antara negara

yang terletak berhampiran dengan negara kita ialah

Brunei,Filipina,Indonesia,Singapura dan Thailand.Malaysia terdiri daripada 13 buah

negeri dan 3 Wilayah Persekutuan.Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.Putrajaya

pula merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Pesekutuan.Perdana Menteri pula

mengetuai pentadbiran negara.Penduduk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,

iatu Melayu,Cina,India,Iban,Kadazandusun,Murut,Bidayuh dan Sikh.Kaum Melayu

merupakan kaum terbesar di Malaysia diikuti oleh kaum Cina dan India.

Aduan tentang Harga Makanan




Pada 26 Oktober yang lalu, saya sekeluarga telah bercuti di ibu kota.Kami singgah di gerai makanan di pusat bandar raya.Kami memesandua cawan kopi O panas,tiga gelas jus mangga dan tiga pinggan mi goring.Dari detik memesan makanan hinggalah kepada mengangkat,kami melakunya sendiri tanpa layanan daripada penbantu gerai.


Namun,perkara yang amat memeranjat kami ialah harga yang perlu kami bayar terlalu mahal.Bayangkan secawan kopi O berharga RM2.00,segelas jus mangga berharga RM4.00,manakala sepinggan mi goreng ialah RM4.50.
Tidakkah harga yang dikenakan itu terlampau mahal?
Saya berpendapat bahawa peniaga itu cekik darah.Berbaloikan harga tersebut dengan penyendiaan
yang harga biasa sahaja tanpa apa-apa keistimewaan?Wajarkan tanda harga makanan dan minuman tidak dipaparkan?Diharapkan pihak yang berwajib dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya demi nama baik negara kita.

kemurungan


bergurau senda dan bersantai Kemurungan atau depresi merupakan satu penyakit yang cukup berbahaya sekarang.Ia akan menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakbitkan perubahan tingkah laku.Menurut Dekan Jabatan Psikiatari dan Psikoterapi Fakuliti Perubatan Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr.Azhar Md.Zain berkata meskipun agak sukar di kesan,namun ibubapa sebagai orang paling hampir dengan pesakit harus mengenal pasti simpton kemurungan pada anak mereka.

Antara tanda-tanda kemurungan

Kesedihan atau putus asa

Remaja murung sentiasa bercakap atau bergurau mengenai hendak membunuh diri seperti “Lebih baik aku mati,”Alangkah bagusnya jika aku hilang selama-lamanya,atau “Sudah tiada jalan keluar lagi.”Bercakap secara positif mengenai kematian atau berangan-angan mengenai mati.Contoh: “Jika aku mati,orang lebih sayang pada aku.”Menulis cerita atau puisi mengenai kematian atau membunuh diri.

Menyisihkan diri daripada rakan-rakan dan keluarga

Simptom murung juga boleh datang tanpa disedari iaitu pesakit menyembunyikan perasaan sebenar,menyendiri,hilang minat bersosial dan sebagainya.Ramai terlupa betapa sukarnya zaman remaja apabila terpaksa mengimbangkan antara keprihatinan dan keakraban hubungan sesama raka,kejayaan akdemik,kurikulum dan pembangunan jati diri yang kukuh serta bermoral.Oleh itu,menunjukkan muka masam atau perangai adalah normal tetapi kemurungan mampu merosakkan personaliti remaja dan menimbulkan perasaan sedih,kecewa atau marah yang amat sangat.Tidak seperti golongan dewasa yang mampu mendapatkan bantuan dengan sendiri,remaja biasanya terpaksa bergantung kepada ibu bapa,guru atau penjaga mereka untuk mengenal pasti penyakit yang dihadapi.

Gelisah,fikiran terganggu

Golongan remaja mengalami pelbagai jenis tekanan termasuk perubahan fizikal akibat akil baligh,mengenal pasti identiti diri sendiri dan kelompok sosial mana paling sesuai dengan mereka.Transisi semula jadi ini bagaimanapun mampu menimbulkan konflik keibubapaan apabila remaja mula menyedari dan menuntut hak untuk bebas.Disebabkan drama ini juga adalah sukar untuk membezakan antara kemurungan dan perubahan angin remaja normal.Lebih menyukarkan keadaan,remaja yang murung tidak selalunya kelihatan sedih atau sentiasa menyendiri.Bagi sesetengah remaja murung lain pula,mereka bertindak agresif,cepat marah,panas baran dan sering terbabit dalam pergaduhan.


Cara-cara mengatasi kemurungan

Didikan agama dan pendidikan
Semua agama di dunia menggariskan panduan supaya setiap peganutnya menjadi manusia yang baik dan berguna.Oleh itu,kita sebagai ibu bapa kita mesti mengajar dan memantau supaya ajaran agama dan memantau supaya ajaran agama di patuhi.Apabila dewasa kelak,anak-anak dengan tersendiri mempunyai daya tahan dan kepercayaan agama membataskan mereka melakukan perkara yang tidak betul.Begitu juga pendidikan anak-anak hendaklah diberi bermula prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi.Dengan adanya ilmu pengetahuan anak-anak boleh memikirkan baik buruk yang mereka lakukan.

Perana ibu bapa
Sebagai ibu bapa untuk anak-anak,amanah yang di pikul mesti dilaksanakan dengan sepenuhnya.Konsep menjaag,mendidik,mengawal dan berkawan dengan anak-anak boleh menjadikan kita ibu bapa yang mithali.Jadikan 2 hari di hujung minggu sebagai hari keluarga bagi ibu bapa yang bekerja.Menafaat masa itu dengan berbincang bersama-sama mereka.Kenali mereka dan cepat-cepat peka dengan perubahan dan lakukan sesuatu dengan anak-anak.Jangan biarkan mereka menyelesaikan didalam bilik atau diluar agar perkara ini tidak menggangu emosi anak-anak.Jadikan slogan semakin hari semakin sayang dalam keluarga kita.
Hadkan bersosial

Ibu bapa mesti mengetahui siapa anak-anak kita berkawan.Ada pepatah mengatakan perjalanan seseorang berdasarkan kawannya.Kaawn yang baik terdorong melakukan kebaikan dan begitu juga sebaliknya.Masa senggang di menafaatkan dengan perkara yang baik dan menbhiburkan.Jaga batas pergaulan anak-anak,mesti berada di rumah pada waktu malam bersama.Dari situ,kita dapat mengawal dan berbincang dengan anak-anak.Akhir sekali, “Jangan sekali kemurungan berlaku pada keluarga kita.”