Sunday, May 3, 2009

resepi

RESIPI..RESIPI..RESIPI..
Udang Galah Masak Sambal
Bahan-bahan
.450 gm udang galah {gaul bersama garam dan kunyit secukup rasa}
.5 ulas bawang merah
.3 ulas bawang putih
.2 cm halia
.3 sudu makan sos cili
.1 sudu makan cili boh
.50 gm cili kering
.minyak bijan secukupnya
.minyak masak secukupnya
.serbuk perasa dan garam secukupnya
Cara membuat
1.Panaskan minyak dan goreng udang separuh masak.Ketepikan
2.Selepas itu,panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.Kemudian masukkan sos cili dan cili boh.
3. Kacau bahan tadi hingga pecah minyak.
4.Selepas itu,masukkan cili kering,bawang merah serta bawang putih yang dihiris.Kacau rata sampai didih.
5.Masukkan garam,gula,serbuk perasa dan sedikit minyak bijan.kacau lagi.
6.Akhir sekali,masukkan udang dan gaul sebati.angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
O.K. kawan-kawan ini adalah resipi yang menyelerakan yang disediakan DI Restoran Ikan Bakar Kak Mah di Seksyen 25,Shah Alam..jom kita ke sana untuk menjamu selera..

petu-petua

Hai,kawan-kawan ini adalah petua-petua yang saya baca dari majalah dan ingin berkongsi dengan anda semua..
Menyegarkan kulit muka
Ambil sebiji buah epal hijau dan dapatkan jusnya.sapukan jus ke muka dan biarkan selama lima hingga 10 minit.Cuci bersih dan amalkan setiap hari pasti wajah akan lebih berseri dan segar.
Rambut lebih lebat
Ambil segenggam daun bunga raya dan dua helai daun lidah buaya.Kisar bersama dua cawan air kemudian sapukan pada rambut dan sikat rambut agar ia sekata.ia akan menyegarkan kulit kepala dan dapat melembutkan serta melebatkan rambut.
Barang kemas kembali berkilau
Mudah saja untuk memastikan barang kemas berkilau dan bersih.ambil sedikit serbuk teh dan rendam ke dalam air panas.setelah agak suam,masukkan barang kemas ke dalam air dan rendam semalaman.
Atasi masalah betis bersisik
Bagi mendapatkan betis yang cantik dan tidak bersisik,sapukan getah timun pada bahagian betis.Biarkan sehingga kering.setelah itu,bersihkan bahagian tersebut dengan tuala basah yang telah direndam dengan air suam.Lakukan sekerap mungkin sehingga betis tidak bersisik lagi.
Cara mudah bersihkan periuk
Setiap kali mencuci periuk,gunakan sabun mandi untuk tujuan membersihkan segala kotoran dan tanda hitam di belakang atau di dalam periuk.Periuk anda akan berkilat seperti baru.
Selamat mencuba!

Tapi…Kawan-kawan,insan yang saya amat menyayangi ialah Saswini.walaupun dia tergolong dalam OKU,namun senyumnya menyentuh lubuk hati saya.Saya tersenyum didalam tangisan memikirkan susahnya dia berjuang untuk sama-sama menghirup udara dan menikmati keindahan alam ini..Sampai bilakah dia bersusah payah memulihkan kudrat dan tenaga di Pusat Spastik..Hati ini tersentuh beribu-ribu naluri keibuan dan entah tak terkira bila dia cuba bangun untuk mendapat secubit makanan atau mencapai mainan saya beli untuknya..Oh..begitulah dugaan yang saya tempuhi selama tujuh tahun.Namun saya bersyukur ada lagi insan yang lebih menderita daripada saya..Dianugerahkan anak istimewa adalah cabaran hebat dan menuntut kesabaran yang tinggi..sebagai seorang ibu saya telah ketepikan semua perasaan sedih,bersalah kecewa dan putus asa dan saya berusaha untuk memulihkan dia supaya dapat menjalani kehidupan sebagai seorang kanak-kanak normal..

Saturday, May 2, 2009





Hai…Di sini pula cerita anak-anak saya yang amat disayangi,
Deevan merupakan anak sulung saya.Dia berumur 9 tahun dan bersekolah di S.K Puchong Indah.Hobinya melukis.Namun mulutnya boleh tahan jugak pot..pet..pot..pet..tak tahan juga telinga dan mulut saya menjawab soalannya..teringatkan akan saya iklan Petronas sempena Hari Raya.. “burung apa?” “burung murai” burung apa”? “burung murai”..begitulah telatah anak lelaki yang selalu menghiburkan..dialah penawar dukaku…dia amat berminat menjadi seorang anggota polis bila dewasa kelak..sebagai seorang ibu saya pastikan impiannya akan tercapai…

Sekapur sireh dari penulis,


Sekapur sireh dari penulis,
Selamat datang ke blog devika.Anda pasti akan menemui sesuatu yang berlainan.Pasti kagum dan ceria.Kalau anda ada persamaan dengan saya,kita boleh berkongsi maklumat
Nama : L.Devika
Asal : Perak
Pekerjaan : Guru
Pengalaman mengajar : 8 tahun
Kegemaran : Membaca novel & Mendengar lagu
Anak : 2
Menetap di : Puchong
Saya seorang yang sentiasa ceria…sekarang saya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di UPM…pelajar ekskutif kelas malam..kini jadual kehidupan saya agak memenatkan kerana terpaksa membahagikan masa untuk menjadi seorang guru pada sebelah pagi..seorang ibu pada sebelah petang..dan sebagai seorang pelajar pada sebelah malam…saya berasa sedih kerana terpaksa meluangkan masa yang terhad sahaja untuk keluarga…adalah harapan ibu saya untuk melihat saya menggengam segulung ijazah..sebagai anak yang baik saya terpaksa berkorban untuk mengejar cita-cita…

Wednesday, April 15, 2009

Malaysia









Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara.Antara negara

yang terletak berhampiran dengan negara kita ialah

Brunei,Filipina,Indonesia,Singapura dan Thailand.Malaysia terdiri daripada 13 buah

negeri dan 3 Wilayah Persekutuan.Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.Putrajaya

pula merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Pesekutuan.Perdana Menteri pula

mengetuai pentadbiran negara.Penduduk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,

iatu Melayu,Cina,India,Iban,Kadazandusun,Murut,Bidayuh dan Sikh.Kaum Melayu

merupakan kaum terbesar di Malaysia diikuti oleh kaum Cina dan India.

Aduan tentang Harga Makanan




Pada 26 Oktober yang lalu, saya sekeluarga telah bercuti di ibu kota.Kami singgah di gerai makanan di pusat bandar raya.Kami memesandua cawan kopi O panas,tiga gelas jus mangga dan tiga pinggan mi goring.Dari detik memesan makanan hinggalah kepada mengangkat,kami melakunya sendiri tanpa layanan daripada penbantu gerai.


Namun,perkara yang amat memeranjat kami ialah harga yang perlu kami bayar terlalu mahal.Bayangkan secawan kopi O berharga RM2.00,segelas jus mangga berharga RM4.00,manakala sepinggan mi goreng ialah RM4.50.
Tidakkah harga yang dikenakan itu terlampau mahal?
Saya berpendapat bahawa peniaga itu cekik darah.Berbaloikan harga tersebut dengan penyendiaan
yang harga biasa sahaja tanpa apa-apa keistimewaan?Wajarkan tanda harga makanan dan minuman tidak dipaparkan?Diharapkan pihak yang berwajib dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya demi nama baik negara kita.