Sunday, May 3, 2009

resepi

RESIPI..RESIPI..RESIPI..
Udang Galah Masak Sambal
Bahan-bahan
.450 gm udang galah {gaul bersama garam dan kunyit secukup rasa}
.5 ulas bawang merah
.3 ulas bawang putih
.2 cm halia
.3 sudu makan sos cili
.1 sudu makan cili boh
.50 gm cili kering
.minyak bijan secukupnya
.minyak masak secukupnya
.serbuk perasa dan garam secukupnya
Cara membuat
1.Panaskan minyak dan goreng udang separuh masak.Ketepikan
2.Selepas itu,panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.Kemudian masukkan sos cili dan cili boh.
3. Kacau bahan tadi hingga pecah minyak.
4.Selepas itu,masukkan cili kering,bawang merah serta bawang putih yang dihiris.Kacau rata sampai didih.
5.Masukkan garam,gula,serbuk perasa dan sedikit minyak bijan.kacau lagi.
6.Akhir sekali,masukkan udang dan gaul sebati.angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
O.K. kawan-kawan ini adalah resipi yang menyelerakan yang disediakan DI Restoran Ikan Bakar Kak Mah di Seksyen 25,Shah Alam..jom kita ke sana untuk menjamu selera..

No comments:

Post a Comment